Wednesday, August 22, 2012

Raya.

Salam alaik.

Raya kali ni entah mengapa kurang merasa kemeriahannya. Tak macam dulu-dulu. Mungkin aku tak banyak berjalan n jumpa kawan-kawan compared ngan raya lepas-lepas. Huhu. Starting to miss my old friends! Lagi satu, raya ni tak banyak amek gambar. Eh? Hehe. Kla, aku taktaw nak berleter apa kat belog ni. Bukan main sebelum ni panjaaaaang je aku merapu kan.

Hah, tengok jela 3 keping gambo raya ni masa kat umah kazen aku. Tu pun ihsan camera kazen gua. Haha.

Wif my lil sis and kazens!
Wif kazen, Fitri.
Wif kazen, Arie.
Owh, ni pic tahun lepas. Main bunga api sambil tulis my besday. Unik tak? Hee.

P/s: Jangan lupa niat dan usaha nak jadi yang lebih baik! Insyaallah. :)

Monday, August 20, 2012

Bunga Api Raya!

Salam alaik.

Malam raya memang menjadi kebiasaan saudara & sepupu aku main mercun kat kawasan umah aku. Bunga api yang besar tu tak dinafikan cantek walaupun bunyinya mampu menggegarkan gegendang telinga dan jantung aku. Lebih-lebih lagi kampung aku ni memang tak lari dari bingit mercun sejak awal puasa lagi hinggalah seminggu dua lepas raya. Sabo jelah. Huhu.

Ok. Alhamdulillah tahun ni tak segempak tahun lepas. Aku bersyukur bukan apa, sebab yelah takut jugak dalam riang ria, kita ganggu orang pulak kan. Bila kita yang main memang la rasa syok. Haha. Ni antara bunga api yang sempat dirakam, sampai semput dada aku ni nak bernafas sebab hidu asap dan ketawa.  Makcik aku sampai terjerit tgk bunga api. Ramai taw yg ada menyaksikan bunga api tersebut. Kehkeh.


P/s: Tak pernah rasa balik kampung jauh sebab umah memang kat kampung dah. So kena cari orang jauh la agaknya ye? Jangan berebut balik kampung sudah. Hehe.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri.

Salam alaik.

Semua post aku lambat publish. Hehe. Rasanya masih tak terlambat nak ucapkan SALAM AIDILFITRI untuk ahli keluarga dan tersayang, kawan-kawan, semua yg mengenali & juga seluruh muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Maaf zahir batin.



P/s: Untung masih dpt duit raya. Sikit pun jadi la~ Hee.

Wednesday, August 15, 2012

Week 8: Labour Room.

Salam alaik.

Owh ini sepatutnya dah berzaman aku nak update tapi tak kesampaian. Begitu juga untuk Week 7. Tapi takpela, memandangkan aku dah cerita serba sedikit pengalaman kat A&E masa minggu ke-6. So aku kuburkan sajalah entri Week 7 di A&E jugak tu. Perbezaannya cumalah start Week 7, kami berposting sambil berpuasa. Rasa kelainannya bila tiba waktu maghrib dan patient tak terlalu ramai pada siangnya. Huhu.

Ok, back to the topic. Itu adalah kali pertama aku berposting di labour room. Apapun ia memang pengalaman menarik bagi aku. Sr Judy pun beri lebih perhatian sikit kat aku memandangkan orang lain pernah posting dah kat situ. Banyak jugak procedure yang aku belajar, baru dapat praktikkan. First time tengok SVD (spontaneous vaginal delivery), episiotomy,  resus baby, dan macam-macam. Kat sini bukan kena care pasal mother je, tapi baby pun sama. Suctioning, injection, bathing, cord dressing dan macam-macam. Menarik kan?

Selain tu, kitorang sempat decorate labour room sempena raya yang bakal tiba. Macam-macam hiasan, lampu, pelita, kad raya, tanglung.. Dan macam tempat lain dah sekejap. Haha. Al-maklum lah, setakat yang aku dengar dari mulut staff tak kira hospita mana, budak-budak nursing uia selalunya kreatif. Esp kat PSY. Hehe. Alhamdulillah.

Sekali lagi, Alhamdulillah. Pengalaman sebenar hanya boleh dirasai bagi mereka yang melaluinya sendiri. Thanks Allah for the chance! Kemudian, berakhirlah title kami sebagai Pelajar Kejururawatan IIUM Tahun ke-3. :)

Tata Hospital Kemaman.
Tata Labour Room.
Tak sempat amek pic dlm Labour Room. Hee.
P/s: Final Year student? Really? -.-'

Sunday, July 29, 2012

An Amazing Short Animation.

Salam alaik.

Korang, tengok la short animation ni. How a blind girl sees the world. Ringkas, menarik dan menyentuh hati. Walaupun tak dapat melihat, dia hanya dapat guna imaginasi untuk bayangkan apa yang ada disekelilingnya berpandukan pancaindera yang lain. :')



Alhamdulillah, Allah jadikan kita sempurna berbanding mereka yang kurang bernasib baik.

P/s: Just be yourself.

Megi Ketam.

Salam alaik.

Seperti yang telah dinyatakan dalam entri lepas, maka lahirlah entri kali ni. Hari rabu yang lalu, aku dan housmates yang posting di Kemaman dah berpakat nak keluar berbuka. Maklumlah sebelum tu syif petang, berbuka pun kat hospital. Alang-alang tak pernah try makan sedap-sedap kat sini, sebuah restoran bernama 4X4 Megi Ketam Bistro menjadi pilihan.

Owh seyesly lama giler tak makan ketam. Harganya agak ehem-ehem la tapi bukan selalu kan. Selain megi ketam ni ada je makanan lain, cuma yang famousnya menu ni lah. Hehe. Sebelum tu, kami dah siap-siap pusing kat area berdekatan pantai mecari satar dan otak-otak. Barulah singgah disini untuk berbuka bersama kawan-kawan.

Alhamdulillah. Sedap jugak! Aku pulak pulun giler makan ketam tu. Guna penyepit bagai. Tapi paling best gigit-gigit je kulit ketam tu sambil cungkil isi-isi ketam. Hehe. Ops aku post ni waktu tengah malam. So sapa-sapa yang baca waktu siang hari tu, aku mintak maaf eh. Nanti kalau datang Kemaman bolehlah korang cuba makan sini. :)

Mangkuk boleh tahan besar.

Suka ketam. Kalau gatal sila tanggung sendiri Ang!
Alhamdulillah. Apapun semuanya rezeki dari Allah. Syukur.

P/s: Ada orang tu makan nasik kerabu sokmo. Nok jugok! :)

Saturday, July 28, 2012

Week 6: A&E Kemaman.

Salam alaik.

Kini aku berada dirumah. Yela, kalu tak memang tak terupdate la belog heart-and-soul aku ni. Hehe. Ok, ni nak sambung cerita posting minggu ke-6 pulak. Hm after kisah yang aku ceritakan dalam entri lepas, sesampainya dirumah kena siap-siap nak ke hospital. Mulakan episod baru berposting dalam bulan ramadhan.

Alhamdulillah. Hari pertama, not bad. Cergas dan cerdas. Erkk, perasan! Hehe. Aku dan 2 wardmates sama-sama jaga Red & Yellow zone (sebenarnya kira sekali je sebab sebelah-sebelah), 2 lagi kat Green. Wad tak busy seperti minggu lepas. Bulan puasa ni orang tak berapa nak keluar rumah agaknya. Walaupun dah seminggu posting kat A&E, aku masih struggle ingat nama-nama ubat yg common digunakan. Aish, dah dengar banyak kali pun asyik lupa je. -.-' Owh ya, akhirnya baru dapat peluang insert branula. Berjaya! Nak wat ag pasni plss. :)

Memandangkan syif petang dalam bulan puasa, Sr agak concern pasal camne kami nak berbuka. Siap belikan kami 100plus ag. Thanks so much. Sr cakap nak kuar rehat kena gilir-gilir. Tapi kebetulan hari tu kitorang dijemput oleh para staff untuk pergi berbuka kat kantin. Dan yang menarik ianya FREE!! Mula-mula serba-salah jugak nak g ke tak, then lastly Sr bagi kitorang kuar semua. Alhamdulillah, rezeki. Sedap jugak berbuka kat situ. Banyak makanan lebih. Agaknya orang tak tahu ada iftar kat situ kot.

Hari kedua masih syif petang. Seperti minggu lepas, aku sacrifice jaga Red & Yellow zone ag. Teringin nak jaga Green pulak sebenarnya. Tapi macam biasa, kat Green 2 orang je kena jaga. So I let my friends jaga sana. Takpelah, tak kisah pun mana-mana. Hehe. Macam semalam, patient tak ramai jugak petang tu. Agak bosan, tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya tak ramai orang yang mengalami kecederaan or kemalangan kan.

Seperti semalam, ingat nak berbuka puasa kat kantin. Tapi dah Tuhan cakap takde rezeki kat situ, memang tak dapat la. Huhu. Aku terlewat nak pergi makan sebab hantar budak g X-ray. Sr pulak yg ajak berbuka makanan dia sama-sama. Adeh, bersalah pulak sebab benda tak banyak. Tapi thanks so much again. Semasa on the way pulang ke rumah, aku ngan kawan singgah KFC jap. Tu je yang kami dapat makan. Takde nasik for that day. Dan sorry sangat-sangat kat kawan satu rumah, kitorang makan dah lewat dalam kul11. Masa tu lapar sangat-sangat, memang tak dapat nak offer kat sape-sape. Mm.

Hari ketiga, bermula syif pagi. Agak penat sebab dari syif petang, pagi tu dah kena masuk. Tapi tak kisahlah, dah biasa. Hehe. Yeay, dapat peluang jaga Green minggu ni. Walaupun sekali dah cukup.Lagipun kitorang tak kisah menyibuk kat mana-mana zone sambil tolong kawan-kawan. Banyak buat dressing, venipuncture, ECG, injection, hm macam biasalah. Hehe. Hm ada sorang patient ni kan dia masuk Red, agak teruk jugaklah. Aku lupa diagnosis apa tapi dia ada Hep B ke C ntah, mm diagnosis metabolic acidosis kot. Aku tolong wardmate nak insert CBD. Seyes macam susah sangat sebab ada resistant sampai kena panggil MA. Tu pun dah cuba-cuba lama sikit baru dapat. Yang mengejutkan urine dia warna hijau! Ramai staff yang amek gambar. Nak kata silap masuk, tapi memang betul dah. Hmm.

Mintak wardmate snap pic ni senyap-senyap. Huu.

Hari tersebut, tiba-tiba mood aku berubah. Marah!! Hm mula-mula tu terasa hati je, pastu rasa bengang macam nak nanges. Eh tak nanges pun. Just rasa marah kat sorang ni sebab kata-katanya. Riak wajah aku berubah sampaikan kawan aku yang lain terkejut dan takut. Katanya tak pernah tengom rupa aku sebegitu. Scary! Haha. Akhirnya marah aku berkurang dengan lawak yang dibuat. Eeeii serius rasa nak sepak-sepak je rasanya. Aku pun teruskan insert branula yang tertangguh disebabkan rasa tadi. Fuh, nasib baik aku ni cepat sejuk balik. Then everything went to normal. No more marah-marah. Jadikan pengajaran lain kali. Hehe. Hm malam tu aku dan housemates berbuka puasa diluar. Kami makan... erkk.. Nanti aku update entri pasal makan-makan ni eh. Malas nak campur banyak topik dalam satu post. Hehe.

Ok, hari keempat merangkap last day posting di A&E (empat hari je posting sebab ahad Terengganu cuti sempena menang SUKMA). Macam sedih gak bila teringat rupanya dah hari terakhir. Sebab aku suka posting kat A&E. Aaaaa. Target aku nak wat apa-apa je procedure yang boleh aku wat especially yang jarang aku wat. Semuanya okay hinggalah tengahari. Aku dapat rasa mood Sr kurang bagus kot daripada caranya. Sampailah suatu ketika aku kena marah. Its not a big mistake pun, tapi entahlah. Mungkin salah aku sendiri jugak kot. Walaupun kawan aku cuba backup yang aku tak tahu, tapi still kena marah. Rasa nak nanges pulak tapi tahan jela. Yang penting fikir positif.

Entah mengapa lepas tu aku jadi agak blur macam banyak benda mengarut je. Haih. Sampai aku segan ngan doktor, tiba-tiba aku suruh dia sign form padahal spesimen tu tak perlukan form pun. Boleh cek kat situ terus. Haih. Camne ntah ari last tu ramai lak orang duk panggil Raihan, Raihan banyak kali. Darilah PPK, MA, doktor mahupun patient. Tak pernah-pernah pun orang nak sebut banyak kali macam tu. Geram bila ada sesetengah yang panggil macam main-main. Lainla kalau nak tanya or suruh buat apa-apa. Huhu.

Sebelum bergerak pulang lepas habis syif , aku dan kawan-kawan bersalaman ngan staffs kat situ, termasuk Sr sekali. Sr mintak maaf kalu ada salah silap, kami pun sama sebenarnya. Huhu. Sesampai dirumah, aku kemas semua barang-barang kemudian bergerak pulang ke Terengganu bersama-sama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah, balik rumah lagi minggu ni. Hehe. Minggu seterusnya posting di Kuantan pulak.

P/s: Astaghfirullah, kadang-kadang jiwa kacau. #istighfarbanyak2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...