Salam alaik.
Arini merupakan hari first kami nak try simulation. Untuk simulation arini, kitorang wat untuk ISBAR je. Tahu tak ISBAR tu apa? Aku pun baru belajar. Hehe. ISBAR ni macam guideline la untuk memudahkan kita dan pastikan apa sepatutnya information yang perlu kita bagitahu orang lain. Contohnya kita bole aplikasikan semasa passing over report, masa transfer patient ke wad lain, atau masa phone referral ngan doctor.
I - Introduction
S - Situation
B - Background
A - Assessment
R - Recommend/Request
Minggu lepas lecturers dah buat demo, so kali ni kitorang kena perform. Sr dah pesan awal-awal kena pakai inner, sebab kitorang akan pakai scrub suit berlengan pendek. Scrub suit tu dah pernah pakai masa posting kat OT. After this mmg Sr suh kitorang pakai scrub suit untuk simulation.
Simulation ni salah satu tool untuk mengajar. Lecturers akan cuba create situation dimana kita akan cuba untuk merasakan seperti situasi tersebut adalah real. Tapi aku akui, bukan senang nak dapat feel 'real' tu. Apapun kitorang memang diskus camne untuk improve. Masing-masing, students and lecturers dua-dua dalam proses pembelajaran. Dan aku rasa ni salah satu cara yang berbeza daripada sebelum ni. Harap dapat bagi aku pengalaman yang membantu bila kerja nanti.
Seyes aku katakan, aku macam frust 'sikit' la tadi ngan diri sendiri. Mungkin tak well prepared kot. Ayat berterabur, tersasul sana sini, words n grammar tunggang-langgang. Pastu ikut script sangat, tanpa tengok yang mana priority. Haha. But from there I could see what are my weaknesses. Soooooo, aku perlu improve Oh My English! Especially speaking. Sebab speaking mmg tak sama ngan writing. Seyesly, i need to improve this! -,-'
Takpe. Papepun this was my first simulation. So its ok lah jika ada mana-mana kelemahan tu kan. After this kena improve slowly, ok Ang? Dan yeah, aku hepi dapat masuk kelas CCN ni. Hehe
Perlu improve. Yeah, sangat perlu. Sem ni kesedaran tentang betapa perlunya persediaan sebelum grad dan bekerja sebagai nurse sangat memuncak. Ecece~ So elective posting nanti mmg kena grab every chance and oppurtunity. Aku percaya kawan-kawan lain pun rasa camtu jugak kan.
P/s: Tak tahu rezeki dimana. Tapi aku yakin Allah dah sediakan jalan untuk aku lalui.