Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #16

P/s: New sem, new hope, new room n bla-bla-bla... Still carrying the old AZAMs.. haha

Wordless Wednesday #15

P/s: Tertinggal Patrick kt umah. Hv been with him almost 4 years. Huu. T-T

Tuesday, September 13, 2011

Aunty's Wedding.

Salam alaik.

Sabtu baru-baru ni 10 September 2011, mak sedara bongsu aku Ida selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. Walaupun tak sempat tengok gara-gara sampai lambat kat masjid, aku tak kisah pun. Sebabnya...

Satu, malam tu aku tak tidur sebab nak siapkan hias pelamin. Pelamin asal sangatlah tak cantek macam dalam gambar n hasilnya tak memuaskan. Lastly kitorang hias sendiri. Buang bunga-bunga plastik yang diberi dan tambah bunga-bunga tisu buatan sendiri.

Dua, pukul 5 pagi baru tidur kat umah tok. Pastu pukul 7 start susun meja makan yg xsempat kemas semalam. Pastu ag pukul 8 pagi baru balik umah, rehat dan mandi sume. Pukul 9.50 dah nak g masjid n umah tok kemaskan apa yg perlu ag.

Tiga, memang semangat nak wat sume ni. Jadi aku tak kisah la kan. Lagipun masa wedding adik dan kakak aku aritu pun memang tak tidur malam. Sebab rasa tak senang hati macam banyak benda masih tak setel. Huhu.

On the wedding day, hmm malas nak citer walaupun banyak je mende nak share. Tapi takpe lah. Tengok je few pic ni. Hehe.

Pengantin baru.

Bunga tisu kt belakang pn wat sendiri.

Ida used fresh flowers for her wedding.

Masa ni tak siap ag hias bunga tisu. Mujur ada family yg bg idea ni.

Antara mereka yg bekerja utk hias jd lebih baik.

I got fresh flowers for free. n bwk balik kuantan letak dlm bilik. haha

Kebetulan berjubah hitam wif kazen n aunt.

I made this. Love within the heart. Acece~

Setakat ni biar gamba sendiri je. haha

Fallin in luv wif fresh flowers. hee

Sibuk ngan mende ni sampai nak balik kuantan pun pape tak kemas ag. Tak sempat spent malam terakhir tu kat umah. At least sempat jugak cover tidur beberapa minit pagi tu. Memang keletihan. Tapi bukan selalu kan.

P/s: Ada rezeki dan diizinkan Allah, insyaallah akan sampai kat sana k. tc

Friday, September 9, 2011

Aunty's Pre-wedding.

Salam alaik.

Ni bukan pre-wedding photoshoot ok. Dan aku langsung tak setuju dengan itu sebab masih belum pape ikatan nak ambik gambar mcm pengantin dah. Ni nak cite pasal lain. Esok tanggal 10 September aka 12 Syawal merupakan hari perkahwinan my aunty. So arini memang pulun sket la kerja-kerja sume. Sebenarnya macam-macam yang aku lalui arini. Fuuh.

Disebabkan tak tidur semalam gara-gara anak-anak kucing aku bergaduh, arini aku tak dapat bukak mata awal pagi utk ikut ma ke umah tok utk persiapan esok. Jadi dalam pukul 10.30 pagi barulah berangkat ke sana dengan menaiki motor bersama adik aku, Bibi.

Then sampai sana, tugas aku kena pasang skirting kat meja makan. 9 meja panjang. Perghh nampak sikit tapi boleh tahan lama jugak wat. Aku, Mok Nik, Ayoh Li, Abon dll ukur, gunting, pasang sume. Masa sembahyang jumaat aku dah start wat sorang-sorang sebab yang lelaki pergi semayang, yang perempuan ada kerja lain.

Guna staple gun lama-lama pun boleh sebabkan tangan aku sakit dan merah-merah. Tu tak campur terkepit ag. Duh! Tapi biarla, syok jugak wat ni. Pas zohor tu, aku masih teruskan walaupun ramai yang ajak aku makan dulu. Aku teruskan jugak sebab tak lapar pun. Sampai la Ayoh Li n Abon datang balik menolong.

Hujan lebat mencurah-curah. Nasib baik duk bawah kanopi. Tapi memang basah jugak la. Sempat aku cedok pasir-pasir nak wat laluan air agar tak bertakung. Akhirnya dalam 5.30 petang pasang skirting pun siap sekali ngan alas meja.

Need to be patient. huhu

Kerja tak berhenti kat situ. Pastu tolong Abon nak pasang banner depan umah tok. Kitorang pun pergi cari kayu untuk dipacak kat tepi pagar. Aku, Abon n Teri cari kat belakang umah. Kat situ memang gelap, suram dan bersemak-samun sket. Then ada jugak 2 ekor kambing kat situ. Sekor jantan, sekor betina.

Masa ni la episod mendebarkan berlaku. Masa aku n Teri nak lalu ikut satu pagar ni rasa takut-takut je. Abon tolong halau kambing tu. Pastu kitorang pun cari la kayu yang sesuai. Tak lama pastu, kambing-kambing tu datang ke arah aku n Teri. Kitorang dah takut dan ke satu bangsal sebelah perkuburan family. Kambing semakin dekat esp yang jantan. Aku n Teri dah start panjat tinggi sebab kat situ ada kayu tinggi dan guni.

Tak sangka kami stuck kat situ. Kalu kuar ikut kanan, kambing betina. Keluar ikut kiri, kambing jantan. Dua-dua macam agresif. Tuhan je yang tahu. Abon dah jauh ke depan sambil bergayut hp. Aku n Teri lak dua-dua perempuan tak habis-habis panggil Abon supaya tolong kami. Isgthifar panjang, sebut kalimah-kalimah suci dan mintak tolong Allah. Memang taknak pape kejadian berlaku.

Last solution, aku cadangkan agar kami lompat dari tepi bangsal tu. Pastu lari cepat-cepat. Mula-mula Teri taknak sebab cam tinggi je nak lompat. Tapi after few seconds memang takde choices dah. I jumped and she jumped too. Kami bertempiaran lari tanpa pedulikan Abon yg memanggil kami. Kecut perut tu takyah nak kata la. Walaupun korang baca camni je, korang tak dapat imagine pun perasaan kitorang masa tu. Perghh. Bukan main-main. Seyes!

Sampai orang lain pun tertanya-tanya. Pakcik aku cakap ingatkan kitorang nampak 'sesuatu'. Hah, memang sesuatu pun. Huhu. Pastu kembali g pasang banner. Macam kerja orang laki panjat-panjat tinggi ni, tapi tak kisah lah. Pasni takde orang nak wat dah, masing-masing sibuk. Walaupun aku geli cacing melekat kat tangan n aku takleh melompat-lompat pasal berdiri atas pagar tinggi, still kena kuatkan semangat setelah dilemahkan oleh kambing. Haha.

Panjat pagar pasang banner terpegang cacing kat kayu.

Ok. Sampai sini je. Malam ni nak g umah tok nak tolong mana yang patut ag. So far ni wedding ke-3 for this year after kakak n adek aku. Harap semuanya dipermudahkan. Ameen.

P/s: I really need a fren like you- he said that.

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #14


P/s: Its September. And I-Heart-September.

Raya 2011 with Friends.

Salam alaik.

Kita merancang Tuhan menentukan. Tu kata-kata terbaik setelah aku mungkiri janji pada seorang kawan baik sekolah, Ainina. Dah lama kami plan nak jumpa time raya. Dia jemput aku ke rumah terbuka pada raya ke-4. Tapi ari itu jugaklah aku tak sehat. Selesema dan batuk-batuk. Pagi tu aku terbaring je kat bilik. Dah msg nak datang pas zohor. Tapi pas zohor tu tok aku panggil sume datang umah tok. Sebab ada benda nak bincang. Family matter.

Malam sebelum tu, Azza Hana merangkap kawan baik jugak plan nak datang umah. Jauh datang dari Mersing bersama adiknye, Azang dan dia tak pernah datang umah aku. Ni kali pertama setelah 4 tahun berkawan. Disebabkan aku masih berada kat umah tok, aku tunggu dia kat tepi jalan then baru bawak ke rumah.

Takde orang kat umah jadi boleh la aku tunjuk dia rumah aku. Siap suh wat macam umah sendiri ag. Bergambar sakan la walaupun mucus kat hidung aku meleleh-leleh. Sehat ke tak sehat, tetamu kena layan. And we had great time. Thanks for coming. Rasa macam tak caye pun ade. Haha.

And to Ainina, im so sorry. Dah explain via sms. Takut jugak dia terasa hati. Esok tu rupanya dia pun tak sehat. Syafakillah. Mungkin rezeki kita jumpa lain kali. Lagipun aritu kitorang pernah terserempak kat bandar. See? Tak rancang pun kan. Hehe.

wif her @myhouse

rs x suasana kampung? hee

Malam tu pulak family abang ipar aku datang umah dari kelantan. Ramai gak orang. Tapi masa dorang balik tu aku tak perasan sebab dah tertidur. Penat selsema n batuk sekaligus. Suara makin sengau n ala-ala rock gitu.

Esok nya, aku tak plan apa-apa. Aku rasa tak beraya sangat pun umah kawan-kawan sebab ada yg kena balik awal tak macam tahun lepas. Tapi tiba-tiba aku dapat call dari member sekolah, Nadia, Wani n Alhafiz nak datang n ajak aku g open house member lain. Aku on je. Suara sengau ke ape tak kisah dah. Bukan selalu. So kitorang ke umah Auwis n umah Nekbat. Masa duk umah Nekbat, ribut weh. Blackout. Air ujan siap masuk dalam umah. Pasu besar terbalik. Kasut terapung. Fuhh..

umah auwis.

umah nekbat.

Sehari lepas tu, ari ahad. Nekbat lak call nak datang. Mood raya masih ada tapi cuma tinggal kuih jela. Hehe. So Nekbat, Budik n kawan dorang datang bertiga. Nekbat tu kenal dari sekolah rendah, Budik tu kenal dari sekolah menengah tapi sekejap, lagipun budak uia gak tapi kat gombak la. Rupanya ada bau-bau bacang ngan Budik. Tu pun taw masa jemput akak aku kawen ritu. Huhu.

K lah, next year ingat nak ikut kawan-kawan lain beraya ramai-ramai lak. Sementara ramai belum berkeluarga ni. Nt susah dah. Haha.

P/s: Sejak kurang sehat ni rasa macam makin kurus. T-T

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 #3

Salam alaik.

Raya ke-3 tak g mane sangat pun. Kazen yang duk depan umah aku wat open house. Tengahari tu kami pergi. Ada mee, bihun, kuayteow sup dan spagetti. Memang bermangkuk-mangkuk aku makan. Tak silap aritu paling banyak aku makan.

Pastu g kenduri kat quarters loji air aka umah lama aku zaman kecik-kecik. Jalan kaki je sebab dekat. Tapi melecet jugak kaki sebab kasut aku ketat. Tak pasal-pasal mintak tukar selipar adik aku. Tak kisah sebab tak ramai orang lalu-lalang. Huhu. Pastu aku g kat umah kazen aku ag sekali. Siap tolong masak cuci pinggan bagai. Adeh, kat umah orang lain pulak rajin. Ang! Ang! Ish. Hehe. Pas zohor aku balik umah tergesa-gesa sebab adik aku nak ikut husband dia balik besut. Sempat jugak jumpa tepi jalan depan umah. Haha.

Petang tu g ag umah kazen aku tu. Kali ni teman adik aku, Payedd sebab dia kuar jalan-jalan ngan kawan sebelum tu. Kuar lak ikut Cik Ha n Abon g Nirwana beli bahan spagetti sebab dah abes. Then malam tu sekali ag aku ngan adik-adik datang sane. Wahaha. Macam tetamu tetap lak. Tapi aku bukan datang nak makan la. Aku nak tengok dorang men bunga api. Bising gler malam tu. Aku siap main mercun bawang. Main serang-serang. Pakcik aku siap aim kaki aku nak serang ngan mercun bawang. Haha.

K layan gambar.

Adik bongsu yang manja n suka majuk, Aidid.

Makan-makan.

Bakal amek UPSR nt, Luqman.

My kakak n her husband. Budak kecik tu kazen aku.

Wif ma n lil bros yg selalu kena marah ngn aku. Haha

Ish, rosak gamba tgk yg belakang tu.

Kuar g Nirwana sb spagetti da abes. Stok pun byk abes.

P/s: I could feel that 'ikhlas' in his words. T-T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...