Wednesday, February 27, 2013

Mini Gathering: Lady's Night.

Salam alaik.

Pada awalnya hanya plan kecil-kecilan, kemudian bertukar kepada plan besar-besaran. Hampir separuh sisters daripada kelas aku yang menyertai event makan-makan ni bertempat di City Times Hotel. Sepanjang hampir 4 tahun, ni pertama kali aku masuk situ. Boleh tahan jugak makanan kat situ. Dan part paling best mestilah acara bergambar. Haha.

Tapi kualiti camera tak sebaik mereka sebab aku guna camera phone je. Apapun, memori akan tetap menjadi memori~












with roomies!


We all are Dr Lokey's supervisee!


with study group members!

Tak kisah apa orang nak kata tentang batch aku, aku tetap sayang BATCH 6!

P/s: Tak sabar nak grad, tapi sayang jugak rasanya. Pasti merindui kenangan 4 tahun disini. Jom bina memori lain~

Tuesday, February 26, 2013

Nomnomnom!

Salam alaik.

Hujung minggu baru ni semua orang lesap dari pandangan aku. Setiap orang bawa hala tuju masing-masing. Maka aku pun mula mengorak langkah menuju ke destinasi yang telah aku plan. Eh, kenapa ayat takleh blah selalu begini? Haha.

Mula-mula pergi shopping kat mydin menggunakan BB1M. Puas hati beli banyak barang. Tapi nak beratur? Pffftttt, lamanyaaaaa! Nak menangis kelaparan. Nak sushi! Nak sushi! Nak sushi! Menginginkan bukan bererti ku mendapat. Terpaksa terima kenyataan bahawa next destination adalah TC. No sushi is available there.

Mm punyalah tak tahu nak makan kat mana (sedangkan perut kelaparan yang teramat), maka Satay Zul menjadi pilihan. Dulu pernah berazam nak makan kat kedai, tapi sayang kedai masih belum buka. Jadi kali ni rezeki kami disini.

Bismillah~








After solat maghrib disana, singgah beli chatime sebentar. Owh ni lah chatime yang selalu orang sebut tu. Maka, orang itu pun mulalah ingin merasai nikmat ber-chatime. Beli yang large terus. Haha. Waaaa, seyes sedap. Kami try yg perisa strawberry. Nama apa pun aku tak ingat! Next time nak lagi eh!

P/s: How to make myself happier now? I need to find out.

Monday, February 18, 2013

First Simulation.

Salam alaik.

Arini merupakan hari first kami nak try simulation. Untuk simulation arini, kitorang wat untuk ISBAR je. Tahu tak ISBAR tu apa? Aku pun baru belajar. Hehe. ISBAR ni macam guideline la untuk memudahkan kita dan pastikan apa sepatutnya information yang perlu kita bagitahu orang lain. Contohnya kita bole aplikasikan semasa passing over report, masa transfer patient ke wad lain, atau masa phone referral ngan doctor.

I - Introduction
S - Situation
B - Background
A - Assessment
R - Recommend/Request

Minggu lepas lecturers dah buat demo, so kali ni kitorang kena perform. Sr dah pesan awal-awal kena pakai inner, sebab kitorang akan pakai scrub suit berlengan pendek. Scrub suit tu dah pernah pakai masa posting kat OT. After this mmg Sr suh kitorang pakai scrub suit untuk simulation.

Simulation ni salah satu tool untuk mengajar. Lecturers akan cuba create situation dimana kita akan cuba untuk merasakan seperti situasi tersebut adalah real. Tapi aku akui, bukan senang nak dapat feel 'real' tu. Apapun kitorang memang diskus camne untuk improve. Masing-masing, students and lecturers dua-dua dalam proses pembelajaran. Dan aku rasa ni salah satu cara yang berbeza daripada sebelum ni. Harap dapat bagi aku pengalaman yang membantu bila kerja nanti.

Seyes aku katakan, aku macam frust 'sikit' la tadi ngan diri sendiri. Mungkin tak well prepared kot. Ayat berterabur, tersasul sana sini, words n grammar tunggang-langgang. Pastu ikut script sangat, tanpa tengok yang mana priority. Haha. But from there I could see what are my weaknesses. Soooooo, aku perlu improve Oh My English! Especially speaking. Sebab speaking mmg tak sama ngan writing. Seyesly, i need to improve this! -,-'

Takpe. Papepun this was my first simulation. So its ok lah jika ada mana-mana kelemahan tu kan. After this kena improve slowly, ok Ang? Dan yeah, aku hepi dapat masuk kelas CCN ni. Hehe


Perlu improve. Yeah, sangat perlu. Sem ni kesedaran tentang betapa perlunya persediaan sebelum grad dan bekerja sebagai nurse sangat memuncak. Ecece~ So elective posting nanti mmg kena grab every chance and oppurtunity. Aku percaya kawan-kawan lain pun rasa camtu jugak kan.

P/s: Tak tahu rezeki dimana. Tapi aku yakin Allah dah sediakan jalan untuk aku lalui.

Friday, February 15, 2013

Proposal Submission.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Setelah berhempas pulas menyiapkan proposal, akhirnya selamat hantar tengahari tadi. 2 malam tido ku tak lena gara-gara rasa tak siap. Owh, baru aku sedar rupanya nak terjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bukan perkara mudah. Berbekalkan bantuan Google translate, meringankan sedikit bebanku tetapi tidak boleh dipakai 100%. Kebanyakannya kita perlu olah balik ayat tersebut. Maklumlah, ayat dalam soalan soal selidik aku tu ada yang agak panjang.

Sesetengah perkataan buatkan aku tergelak besar. Medication administration = pentadbiran ubat, medication error = kesilapan perubatan. Adehh. Pening aku nak fikir. Apapun aku cuba terjemah sebaik mungkin. Hantar jelah dulu translation yang belum dicek oleh cikgu. Hmm sebab SV aku pun belum tengok ag questionnaire aku. Lepas tu baru aku emel Cg Chow mintak tolong cekkan ayat BM aku tu. Entahkan betul entahkan tidak. Hehe.

Sebenarnya boleh dah nak siapkan lebih awal beberapa jam, tapi disebabkan aku perlu betulkan segala format yang dikehendaki, benda tu yang menyebabkan aku sedikit lambat. Leceh sikit nak tukar tu, nak tukar ni, kena wat camtu, kena wat camni. Nak save sana, save sini banyak kali. Sebab untuk research project ni, aku kena backup files kat banyak tempat untuk elakkan kehilangan mana-mana kerja aku. Walaupun banyak benda leceh, tapi ini merupakan suatu proses pembelajaran bagi aku. 


Semoga Allah permudahkan segalanya bagi aku dan kawan-kawan. Semoga dapat grad dengan jayanya. Dan semoga ilmu-ilmu yang aku dapat sepanjang pengajian aku ni berguna untuk diri, keluarga, dan masyarakat. Ameen.

P/s: I AM IN LOVE WITH CRITICAL CARE NURSING! My first choice for elective subject! Hee :-)

Secebis Kenangan Di Tahun Akhir.

Salam alaik.

Hari rabu yang lepas, hanset ku menyanyi riang mendengdangkan lagu 'Love Light' -CN Blue menandakan message memasuki ruang inboxku. Owh, Awah msg bertanya jika aku free esok untuk mengajak aku keluar berjumpa Sr Nani. Walaupun proposal banyak belum siap, aku terus bersetuju. Sesekali ingin keluar daripada kepompong kebosanan di mahallah. Ceceh~ Apa kes ayat-ayat aku sebegini? Haha.

Khamis. Pagi tu aku ikut Izat n Farahin ke KFC. Teringin jugak nak makan hidangan KFC a.m. Sedap! Nampak simple tapi tersandar kekenyangan. Dah nak masuk tengahari, Awah datang menjemput kami di mahallah. Turut serta Farahin n Puan Mun. Dan tak lupa juga si anak kecil, Meerah. Sesampainya di TC, sekali lagi kami menikmati hidangan KFC. Hehe. Alhamdulillah, Sr belanja. Yeay! Rupanya ramai juga disitu termasuklah, Sol n sofwan, Kak Nemo n Kak Intan.

Setelah kekenyangan menikmati lunch yg tersedia dan berbual panjang, kami meneruskan perjalanan. Bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati hembusan bayu lembut mencecah pipi, terasa sungguh tenang! Hilang sekejap stress menghadap lappy hampir 24 jam. Bermain buih-buih sabun bersama anak-anak kecil membuatkan hatiku girang. Kenapa? Kerana aku rasakan bahawa aku juga ialah seorang anak kecil pada waktu itu. Haha.

Terima kasih Sr Nani sudi jumpa kami semua. Seronok berbual dengan Sr. Lagipun macam-macam yang Sr dapat kongsi dengan kami. Seingat aku, bila batch aku di'condemn' macam-macam, Sr lah antara yang menaikkan semula semangat budak-budak batch aku. Sr mmg sempoi. Huu. Ni lah antara kenangan kami ngan Sr. Pas grad nanti, mungkin susah nak berkumpul sebegini. Masing-masing punyai haluan sendiri.




Melihat mereka yang dah mempunyai keluarga sendiri dan yang bakal mendirikan rumah tangga, aku juga tumpang gembira. Secebis hati ini juga punyai rasa untuk menikmati kebahagiaan yang bakal tercipta. Walau tidak ku tahu bila waktunya akan berkunjung tiba, ku yakin Allah telah catat sesuatu yang terbaik untukku. Bila dan siapa? Itu adalah rahsia-Nya. Aku harapkan yang terbaik untuk kami berdua. Sesekali aku rimas juga bila orang pandang semacam kat aku, kononnya lambat lagi ke aku nak kawen ni? Kan dah berpunya? Haih. Biarlah kata orang. Hati wanita mana yang tak ingin bahagia bersama insan tersayang. Aku juga punya impian, cuma mungkin tiada rezeki waktu sekarang. Sekian.

P/s: Doa dalam diam~

Tuesday, February 12, 2013

Our Makan-makan.

Salam alaik.

Semalam selamat sampai ke bumi kuantan. Alhamdulillah. Perjalanan menaiki bus mengambil masa lebih kurang 5 jam. Mm lama jugak. Naik kete dalam 3 jam pun da bole sampai. Takpe. Ada orang tolong amekkan kat terminal. Pastu kitorang yang kelaparan pun baru nak lunch. Haha.

Mula-mula cam tataw nak makan kat mana. Ingat nak makan kat area ECM tapi parking penuh. Ramai orang kat bandar. Lastly kitorang decide nak makan kat Jungle jela. Sebenarnya aku tak pernah g pun situ. Ketinggalan betul la. Orang lain dah berpuluh kali g kot. Hahaha.

Sooooo.. Menu untuk lunch pada pukul 4 lebih ni dibelanja oleh Emy. Yeah!

Nasi arab in the house!

Then.. Pada malamnya, turn aku pulak belanja dinner. Hewhew. Ajak gi makan kat Lilawadi. Seyes ramai giler orang, sampai kat pagar tu siap ade pakcik ni sound kitorang kononnya dia n family melepas nak makan kat situ sebab seat da penuh. Kesian. Aku tak kira, masuk jugak situ tanya ada kosong tak. Nasib baik ade tempat untuk 2 orang. Tapi, kat dalam la. Baru ingat nak duk kat pokok buluh kat belakang tu. Situ mmg cantek! Romantik sket. Tapi takpelah. Haha.

Sebenarnya lama dah nak ajak Emy makan sini. Tapi pendam jela. Tengok-tengok ada rezeki jugak semalam. So apalagi, order dinner plus mango cheese cake! Yeay. Lama dah aku tunggu nak rasa ni. Aritu pernah g ngan kawan-kawan, tapi tataw ade mende ni. Sedap2!

Our first dinner. Nyum2! :3

After makan-makan, kitorang pun fetch adik Emy n kawannya kat terminal. Pasni kite makan tempat lain pulak eh? Berat masih maintain tak naik-naik, BMI masih underweight. Sekian.

P/s: Keje banyak ag belum siap, masih ade hati nak blogging. Hewhew.

My Nieces.

Salam alaik.

Ari jumaat lepas aku balik umah. Tumpang adik aku alang-alang dia lalu ikut kuantan kan. Mulanya ingat taknak balik. Tapi abah banyak kali cakap aritu balik jela umah. So balik jela kan. Home sweet home. Nanti dah bz takde masa nak balik, haa barulah beria-ria nak balik sangat kan. Hehe.

Alhamdulillah. Da otw balik tu, dapat berita gembira. Akak aku da bersalin. Anak perempuan. Hee. Dah dapat 2 anak saudara sekarang. Seronok betul. Aku suka tengok baby kecik-kecik ni. Geram. Siap basuh BO n bedung ag. Aku paling suka after bedung baby tu, terus diam, senyap, baik giler. Sebelum tu, huwaaaaa nanges kuat sangat. Hee. Tak sia-sia amek nursing. Bole apply kat mana-mana kan. Dari handle baby hinggalah adult.

Ni haa pic anak-anak buah aku sekarang ni.

#2 niece Wan Qanitah

#1 niece Nur Iffah Mawaddah

P/s: Sedare cakap pasni turn ang pulak. Mm, tataw la bila. Tapi tolong doakan jela ea. :')

Friday, February 8, 2013

5 Bulan Menyepi.

Salam alaik.

Huwaaaaa~ Rupanya da hampir 5 bulan aku tak update apa-apa entri pun. Busy sangat eh? Haha. Agakla. Sem lepas memang tak cukup tangan kaki nak siapkan assignment n keje yg bagi aku terlampau banyak. Apapun Alhamdulillah. Berjaya melalui sem lepas dengan jayanya. Erkk, walaupun result biasa je n pointer jatuh. Haha. Papepun tetap bersyukur!

Semester kedua dah seminggu berlalu. Hanya amek 2 subjek je. Nilah subjek-subjek terakhir aku sebagai nursing student. Elective posting (critical care nursing) & Research project. Harap sangat dapat lalui dengan cemerlang. Maklumlah, tahun ni aku bakal grad. InsyaAllah. So nak wat yg terbaik la kan. Utk diri sendiri, masa depan, family, insan tersayang, dan juga utk masyarakat diluar sana. Acece. Heh.

Mm malas nak cakap panjang lebar. Motif aku tulis entri kali ni sebab dah lama sangat tak update pape. Bila aku da start tulis something ni, pasni harap rerajin la update mende lain pulak ye. Event-event yg da berlalu sepanjang 5 bulan menyepi mmg aku tak berdaya nak update dah. So biarlah. Tu je update kali ni. Kbai. :-)

P/s: Ade kawan2 cakap post aku sebelum ni jiwang-jiwang. Hmm. Iyelah tu. Hahaa~

Saturday, September 15, 2012

Dia Yang Mencintai.

" Seorang yang bijak ditanya: bagaimana engkau mengetahui orang yang mencintaimu? Ia menjawab: Dia yang menanggung beban kesedihanku, memperhatikanku, tidak bosan padaku, memaafkan kesalahanku,  dan mengingatkanku kepada Tuhanku. Dialah yang benar-benar mencintaiku."


Source: Kopi pasta from FB.

P/s: Membuatku menangis~

Forgive Me.

Forgive Me.

Can you forgive me again?
I don't know what I said
But I didn't mean to hurt you

I heard the words come out
I felt that I could die
It hurt so much to hurt you

Then you look at me
You're not shouting anymore
You're silently broken

I'd give anything now
To kill those words for you

Each time I say something I regret I cry "I don't want to lose you."
But somehow I know that you would never leave me, yeah

'Cause you were made for me
Somehow I will make you see
How happy you make me

I can't live this life
Without you by my side
I need you to survive

So stay with me
You look in my eyes and I am screaming inside that I am sorry

And if you forgive me again
You're one my true friend
And I never meant to hurt you.

P/s: I am not good in explaining what my heart feels. I am not that type of person. I could just expressing through my facial expression, or just cry.

Can't lie.

" I understand, but I don't know why my heart feels so hurt. I can keep calm but I know I can't lie to myself. Maybe truth is bitter sometimes."


14/9/12
3.00 pm

She is.

" I love to look myself in the mirror. Without words, I know she can understand me better than anyone else. She is my best friend, and the real best friend is hard to find. She is... myself in the mirror."


11/9/12
10.15 pm

Wednesday, August 22, 2012

Raya.

Salam alaik.

Raya kali ni entah mengapa kurang merasa kemeriahannya. Tak macam dulu-dulu. Mungkin aku tak banyak berjalan n jumpa kawan-kawan compared ngan raya lepas-lepas. Huhu. Starting to miss my old friends! Lagi satu, raya ni tak banyak amek gambar. Eh? Hehe. Kla, aku taktaw nak berleter apa kat belog ni. Bukan main sebelum ni panjaaaaang je aku merapu kan.

Hah, tengok jela 3 keping gambo raya ni masa kat umah kazen aku. Tu pun ihsan camera kazen gua. Haha.

Wif my lil sis and kazens!
Wif kazen, Fitri.
Wif kazen, Arie.
Owh, ni pic tahun lepas. Main bunga api sambil tulis my besday. Unik tak? Hee.

P/s: Jangan lupa niat dan usaha nak jadi yang lebih baik! Insyaallah. :)

Monday, August 20, 2012

Bunga Api Raya!

Salam alaik.

Malam raya memang menjadi kebiasaan saudara & sepupu aku main mercun kat kawasan umah aku. Bunga api yang besar tu tak dinafikan cantek walaupun bunyinya mampu menggegarkan gegendang telinga dan jantung aku. Lebih-lebih lagi kampung aku ni memang tak lari dari bingit mercun sejak awal puasa lagi hinggalah seminggu dua lepas raya. Sabo jelah. Huhu.

Ok. Alhamdulillah tahun ni tak segempak tahun lepas. Aku bersyukur bukan apa, sebab yelah takut jugak dalam riang ria, kita ganggu orang pulak kan. Bila kita yang main memang la rasa syok. Haha. Ni antara bunga api yang sempat dirakam, sampai semput dada aku ni nak bernafas sebab hidu asap dan ketawa.  Makcik aku sampai terjerit tgk bunga api. Ramai taw yg ada menyaksikan bunga api tersebut. Kehkeh.


P/s: Tak pernah rasa balik kampung jauh sebab umah memang kat kampung dah. So kena cari orang jauh la agaknya ye? Jangan berebut balik kampung sudah. Hehe.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri.

Salam alaik.

Semua post aku lambat publish. Hehe. Rasanya masih tak terlambat nak ucapkan SALAM AIDILFITRI untuk ahli keluarga dan tersayang, kawan-kawan, semua yg mengenali & juga seluruh muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Maaf zahir batin.



P/s: Untung masih dpt duit raya. Sikit pun jadi la~ Hee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...