Monday, February 6, 2012

Welcome Back to IIUM.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Akhirnya kembali jua ke bumi kuantan. Tepat pukul 10 malam. Aku sampai di Terminal Makmur. Setelah beberapa jam perjalanan, sesungguhnya penat itu ada tapi tak mampu untuk tidur didalam bas. Tak mampu? Haha. Bukan, mula-mula macam pening-pening je pastu dah ok. Tak tidur dah. Lagipun ada saja message yang masuk menemani aku.

Owh aku paling suka bila duk sorang-sorang dalam bas. Bila orang yang tak dikenali berada bersebelahan selalunya wat aku rasa kurang selesa. Tu pun ada orang tepi dan depan asyik memandang. Aigoo~ Tengok depan bole? Aku ada wat silap ke? Huhu.

Sebenarnya semalam sepupu aku, Kak Ayu bertunang. Pukul 3 petang baru start majlis. Tiket aku pulak pukul 5.30 petang. Aku harap sangat sempat balik, solat dan kemas barang sikit lagi. Then after makan-makan 4.45 baru balik umah. Nasib baik umah tak jauh, so dalam 4.50 dah sampai. Waaa. Semua baju dah lipat, tinggal nak sumbat dalam beg je. Kemas punya kemas, solat, pakai je baju kurung tadi dan belit selendang cepat-cepat. Akhirnya keluar umah kul 5.10.

Waaaa. Dalam 20 minit sempat kah? Seyesly aku duk dalam kereta rasa stress giler. Tiba-tiba teringat makcik aku pesan, bila kita dalam keadaan desperate sangat, istighfar banyak-banyak supaya Allah ampunkan dosa kita dan beri kita kemudahan. So aku istighfar banyak-banyak dan doa supaya Allah tolong aku. Aku takut kalu tak sempat naik bas.

Tapi Allah memang Maha Kuasa. Dia tolong hamba Dia ni yang memerlukan. Dalam banyak-banyak traffic light yang aku lalu, satu tempat je berhenti sebab merah. Lain semua hijau. Ya Allah. Dia bantu aku permudahkan perjalanan aku. So memang betul-betul 5.30 tu sampai kat stesen bas. Sebelum ni punyalah tersekat kat traffic light lama-lama. Dah la banyak pulak tu. Alhamdulillah. Memang bersyukur sangat-sangat. Allah sayang aku. Terima kasih Allah. Tak tergambar rasanya.

Alhamdulillah. Sampai kuantan dengan selamatnya. Tak kisah banyak kali ucap pun. Asalkan kita sentiasa rasa bersyukur. Sampai je kat terminal.. Hmm baca balik yang atas tu. Haha.

Balik UIA ngan Cik Bulan. Ingatkan dia sampai dulu, rupanya sekali. So ada rezeki naik delivery sekali jela ngan Kak Kim. Rezeki dapat coklat lagi semalam. Waa thanks Cik Bulan. Awak memang baik hati. Gembira saya. Yeay~ :)

Sampai bilik terus kemas barang. Sapu lantai sampai selsema sebab habuk tinggalkan bilik 3 minggu. Pastu mandi memang fresh giler. Dan ku sedari barang-barang mandi belum aku beli. Nasib baik ada ciput je ag sabun, ubat gigi, pencuci muka. Huu. Pastu layan match Man U vs Chelsea. Ecece. Aku tak tengok pun. Update kat twitter je orang duk bising-bising pasal match dan goal sana sini. Aku pulak follow Man Utd Malaysia. So senang nk update. Haha. Lagi-lagi ada orang tu excited sangat message ngan aku sambil tengok bola. Lagi la aku semangat jugak. Kihkih~

K la. Panjang pulak bebel ni. Apapun welcome back to IIUM. Hi new semester..!! :)

P/s: Sorry when silence takes my place. :')

Tuesday, January 31, 2012

Result Exam.

Salam alaik.

Akhirnya saat-saat yang ditunggu tiba. Walaupun kononnya result keluar awal melalui emel uia, tapi lastly tak jugak. Tapi bezanya kali ni dapat cek result bukan guna myiium macam biasa. Dan kuar awal daripada yang dijangka. Sebelum ni tak dapat bukak melalui link khas untuk result exam. Maklumlah, tak tukar password yang sedia ada. Huhu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tu ucapan yang tak putus-putus aku baca kat home facebook dan jugak twitter. Sebagai hamba Allah, kita patut bersyukur tak kira apa jua yang kita dapat. Jujurnya kali ni memang saya tak sangka jugak apa yang saya dapat sebab rasa macam tough sangat subjek sem lepas. Apapun semua ni adalah pinjaman sementara.

Saya tumpang gembira tengok kawan-kawan kebanyakan mengucapkan syukur dan gembira dengan rezeki yang Allah bagi. Tapi tak kurang jugak tumpang simpati dengan mereka yang tidak mendapat keputusan seperti yang dijangka. Apapun sekali lagi saya nak kata, semua ni sementara. Dan masih banyak masa untuk buktikan kita dapat wat lebih baik.

Pesanan saya kat semua terutamanya diri sendiri, jangan terlalu gembira dengan kejayaan sekarang sebab masih banyak yang perlu dicapai dan kita tak pasti sama ada next time kita akan capai kejayaan atau tidak. Dan jangan terlalu bersedih jika kita tak dapat seperti apa yang kita mahu sebab tak selamanya kita akan terus jatuh. Lagipun saya sendiri pernah merasakan apa itu kejatuhan dan kegagalan. Hm bukan saya je, tapi saya rasa semua pernah lalui. Yang penting, fikir positif dan terus usaha yang terbaik. Insyaallah Allah tahu apa yang terbaik.

P/s: Tinggal 3 sem je lagi tak termasuk short sem utk posting. Next year da nak grad? Macam tak percaya. =.='

Friday, January 27, 2012

Jalan-jalan g Umah Kawan.

Salam alaik.

Hujan coklat mencurah-curah ke ladang gandum. Dan jadi laaaah~ Koko krunch!

Eh tak. Bukan hujan coklat. Hujan air je. Kalu hujan coklat memang aku taktaw apa jadi kat bumi ni. Pokok tak hidup, bersemut abes tanah-tanah, kilang coklat lingkup. Errkk dah merepek Ang! Hehe.

Tadi dua kali hujan lebat. Tengahari dan petang. Plan aku arini nak pergi rumah kawan sekolah dulu, Ainina lepas asar. Hmm nampak gaya hujan macam lama je. Siap mencurah-curah ke padang depan rumah umah. Alhamdulillah. Rezeki haiwan dan pokok-pokok yang kehausan. :)

Ni ibarat hutan tepi umah. Bukan padang depan umah.

Alhamdulillah lepas asar tadi hujan berhenti jugak. Tettt~ Dapat mesej dari Ain tanya hujan tak lagi kat umah aku. Ok, hujan dah berhenti bermakna memang ada rezeki aku nak merempit la arini. So tadi pas siap-siap, aku pun bawak la motor abah aku pergi kat umah kawan.

Seyesly dah bertahun asyik tak jadi je nak g umah dia. So tadi aku terlajak jalan jugak la sampai jalan mati. Aigoo~ Kawan aku siap nampak aku lama dah lalu depan umah dia. Haha. My bad. Aku tahu jalan tapi lupa rumah mana satu. Ish ish ish.

Sampai-sampai je terus bergosip. Amboi. Jumpa geng pompuan ni la keje nya kan? Haha. Tipu je. Mesti la salam-salam tanya khabar dulu. Pastu terus gosip. Sok-sek-gelak-pot-pet-gelak-bla bla bla.. Walaupun lebih kurang sejam lebih, dapat la jugak update pasal diri masing-masing. Apapun aku doakan Ainina diberikan kemudahan dalam membuat keputusan dan perancangan. Semoga Allah memudahkan urusan kamu ye. :)

Oppss.. orang dah azan maghrib pun. Tula, pergi pun da lewat. Sembang-sembang, makan bihun sup, minum air lagi. Hehe. Sempat la capture gambar sekeping dua. Lagipun sebelum ni bila terjumpa pun asyik lupa je. Bukan selalu nak jumpa dia. Apa-apa pun pasni aku harap dapat berita gembira la dari dia. Banyakkan berdoa pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sehingga kita berjumpa lagi dihari dan waktu yang sama dalam rancangan... Ok, sila stop mengarut Ang! =.='

Ok. Jumpa lagi kawan.

Owh, Ainina ni lah kawan aku yang eksiden sama-sama jatuh motor masa form 5 dulu. Dia sempat lompat, aku yang terheret ngan motor sekali. Seluar koyak dan berdarah sana sini. Alhamdulillah kami masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ini. #kenanganlama :')

P/s: Bila nak pergi umah Cik Bulan pulak? Hihi #renungkelangit

Wednesday, January 25, 2012

Happy Wedding Ee.

Salam alaik.

Ntah tiba-tiba nak wat entri pasal ni. Haha. Sekalung tahniah buat Ee dan isteri, Angah atas pernikahan kalian pada 23 Januari 2012 yang lalu. Barakallah~ Mabruk~

Pernah terjumpa ngan Ee masa program kat Gombak masa 2nd year dulu. Nasib baik masing-masing cam. Angah pun pernah nampak jugak depan mata. Alhamdulillah sekarang dah bergelar suami isteri. :)

Sebenarnya aku tak pergi pun wedding dorang. Jauh nun di Perak. Kalu wat kat Ganu senang sikit kan. Hehe. Erkk sekejap. Gambar kat bawah ni cilok dari fb kawan. Ehem.. Syau, mintak izin copy gambar ni. Kang ada yang msg nanti cakap amek gambar tak mintak izin pulak. Haha.


Hmm it supposed to be a nurse not a doctor kat atas tu tapi peribadi tu tak la. Haha. Tu disebabkan Ee pernah tanya aku pasal ujian HIV yang diwajibkan kepada setiap pasangan sebelum mendirikan rumah tangga. Takut kena amek banyak darah. Pastu tanya pasal thalassemia jugak. So sebagai nursing student berbekal ilmu yang begitu sedikit didada ni, boleh la nak explain sikit-sikit walaupun aku tak pasti Ee faham ke tak. Maklum la explanation aku lintang pukang. Huhu.

Semoga berbahagia dan bercinta sampai ke syurga ok kawan.

Wedding senior, Kak Yuni pun tak dapat hadir. Huu. Next wedding mereka yang satu batch ni sape pulak ye? Hehe.

P/s: My turn pulak? Who knows.. Hehe. :)

Wordless Wednesday #17

Salam alaik.

Erkk lama giler tak post entri WW. Ok takde tulisan panjang-panjang. Dah nama pun wordless kan. So just take a look. Hehe :)

Balik dari Convest '11.

Masa jamuan batch few days before OSPE.

P/s: Even friendship also can be sooo complicated sometimes. That's a part of so called life. :)

Minum Air Kelapa.

Salam alaik.

Hari ni cuaca panas. Balik tadi tiba-tiba makcik aku yang duk depan umah panggil-panggil ma aku. Cakap nak amek buah kelapa sikit. No hal. Meh amek meh. Hehe. Tengahari tadi aku duk landing kat ruang tamu jap. Tiba-tiba ma bawak masuk air kelapa satu jag besar. Waaa~ Pastu tambah ais bagi sejuk. Nyum~

Seyes dah lama tak minum air kelapa muda. Dulu adik lelaki aku selalu je g amek kat depan umah. Alhamdulillah. Fuh. Rezeki dikala matahari terik memancar. Hilang dahaga jap. 2 gelas penuh aku minum sekali ngan isi kelapa yang lembut dan fresh. Eh kenapa tak minum banyak ag? Hm ingat la orang belakang jugak weh. Hehe.

Rezeki ma abah tanam pokok kelapa depan rumah. Dapat jugak hasil kan. Hehe. Sape yang nak sila la datang berkunjung ke umah aku. Bawak bekas air ngan parang sekali nak belah kelapa. Pastu sudu sekali nak korek isi kelapa tu ok?

Air kelapa kat kedai selalu campur banyak air gula sampai hilang rasa keaslian air kelapa tu sendiri. So yang sendiri punya lagi best. Eh aku macam sengaja je nak buat orang terliur kan. Haha. Tadi sempat google jap khasiat air kelapa. Errk 'ter'rajin pulak. Tapi 'ter'malas nak tulis kat sini. So kalu nak tahu, google jela sendiri ye. Hehe.

Ok ni gambar masa raya aritu bersama my bff (pernah post dah pic ni dulu). Nampak la sikit daun kelapa tu. Tak nampak pokok pun. Haha. Sebab cuaca yang panas arini, burung-burung merpati kat umah aku pun sibuk berendam dalam pasu yang ada air. Aigoo~ Comel sungguh kalian. Tapi mereka melarikan diri sebelum sempat aku menerjah. Wahaha. Kbai burung. Eh bai korang.

P/s: Macam kenyang tapi macam lapar. Camne tu? Huhu =.='

Monday, January 23, 2012

We Need You.

Salam alaik.

Satu hari yang meletihkan. Dari petang sampai ke malam. Sebabnya? Biarlah aku dan family aku serta beberapa orang je yang tahu.

Rasa nak tercabut anak tekak ni. Sakit tekak teramat. Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi kami. Hanya kepadaMu kami berserah dan memohon pertolongan. We need Your Help. Absolutely we need You.

Allah. Allah. Allah.

Semoga Allah melindungi diriku, keluargaku, insan tersayang dan keluarga, sahabat-sahabat, serta sesiapa saja dengan izin-Nya.

Kadang-kadang kita sering lalai, lupa dan terleka. Sedangkan Dia tak pernah lupakan kita. Semoga ujian ini memberikan seribu hikmah dan kebaikan darinya.

Terima kasih kepada mereka yang membantu. Dan terima kasih Allah.

Sekian.

P/s: Amek pengajaran daripada pengalaman. :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...