Ya Allah, jadikanlah hati ini lebih baik dari luaranku dan kebaikan yang terserlah darinya.
Sunday, March 4, 2012
Home. I Love You.
Salam alaik.
I'm home. Yup. I'm at my home this weekend. :)
Hari khamis aritu takde kelas tapi sebab ada keje kena setelkan. So hari jumaat baru aku bertolak pulang. Tu pun aku beli tiket on the spot. Mulanya aku berbelah bagi bila ma call tanya jadi ke tak balik. Dengan izin Allah, aku g bilik Anom nak hantar kunci motor. Terjumpa Kak Intan pulak dan dia gitaw nak hantar Naim g terminal. Okkkkkk~ Ada chance la nak balik. Pastu aku mula msg Izat nak pinjam kete, biar Kak Intan yang drive. Alhamdulillah dapat. Pastu singgah ECM jap beli barang sebelum g terminal balik.
Kepada nama-nama yang disebut kat atas tu. Terima kasih banyak-banyak ye. :)
Jumaat-Sabtu-Ahad. Owh sungguh cepat masa berlalu. Duk umah pun aku takde wat apa-apa sangat. Tapi hujung minggu yang cukup menenangkan. Perasaan yang berbeza daripada duk di Kuantan. Rasa jauh dari kesibukan dan tekanan perasaan disana. Bukanlah maksud aku duk kat sana asyik stress je. Tapi environment cukup berbeza, jadi impaknya turut berbeza la kan.
Semalam sesuatu berlaku dirumah sewaktu parents aku takde. Adik bongsu aku cuba menggoreng nugget didapur. Aku pun tak pasti camne kejadian tu boleh berlaku sebab masa tu aku duk dalam bilik. Tiba-tiba bunyi bising dibahagian dapur dan aku terbau sesuatu. Bila dah keluar bilik, aku kaget bila seluruh isi rumah penuh dengan asap hitam.
Aku bergegas ke dapur dengan perasaan ingin tahu. Ya Allah. Api!! Yup, kuali dan sedikit bahagian lain terbakar sementara adik aku cuba memadamkan api menggunakan tuala. Cepat-cepat aku cuba padamkan api tetapi sedikit plastik cair terkena bahagian lengan aku. Tak mengapa, rasanya sama seperti terkena percikan minyak panas. Yang penting masa tu, aku nak api tersebut padam. Alhamdulillah, Allah tolong dan tak berlaku apa-apa yang lebih teruk.
Aku mula membebel kepada adikku. Its so dangerous..! Plss jangan diam dan cuba padam api sorang-sorang. Aku cukup marah bila dia tak bagitaw sesiapa waktu tu. Aku faham dia mungkin takut tapiiii.. aku lagi takut kalu terjadi apa-apa pada dia, dan pada rumah. Hm mungkin silap aku jugak sebagai kakak dan paling besar kat umah waktu tu. Rasa bertanggungjawab.
Abah pun balik. Adik aku kena marah. Aku pun kena marah sekali. Ntah mengapa aku tak sengaja picked a fight with my dad. I cried. Dan aku merajuk ngan abah. Hm Im so sorry Dad. Aku tahu abah pun terkejut. So do I. Abah cuba bercakap ngan aku semalam tapi aku diamkan diri. Aku mmg camtu. Suka diamkan diri bila mood aku tak elok. Sorry for my bad attitude towards you. But I want u to know that I love u so much! :'(
Pastu aku teringat masa aku gaduh ngan abang aku, abah yang pujuk aku supaya jangan menangis. Hm aku bukan senang menangis depan orang. Hati aku memang kadang-kadang sensitif and I love to keep it just for myself. Rasa bersalah kat abah. Apapun yang terjadi, I love my parents, I love my siblings, I love my home..!!!
Petang ni dah nak balik. Aku doakan supaya Allah sentiasa melindungi keluarga dan rumahku agar selamat dan diberkatiNya. Ameen..
P/s: Thanks for caring about me.
Saturday, February 25, 2012
7 Lovely Logics.
Salam alaik.
Lately ni aku agak moody dan mood swing. Mungkin ada yang perasan. Mungkin ada yang tak. Well now I am okay dah pun. Jangan risau. After dah luah dalam love letter, I feel better. Eh love letter? Hm ade la biar aku je tahu. Haha.
Hm back to the topic. Aku jumpa pic ni kat fb. Dan aku rasa sangat setuju dengan statement berikut. Adakah korang pun setuju? Hm bila fikir balik ada betulnya pun kan. So tak salah pun nak apply dalam kehidupan. Acece. :)

#wellsaid!
There were so many reasons yang buatkan aku depressed. Sebenarnya aku takde la fikir satu-satu pun sampai rasa emosi. Tapi biasalah perempuan, ade timing emosi tu memang takleh nak dielakkan. Even benda sekecik mana pun, jangan pandang rendah pada kuasa emosi seorang perempuan. Haha.
Hm aku found out dalam buku yang aku baca la kan, perempuan ni selalunya akan rasa lebih lega bila dapat luahkan sesuatu yang dia rasa. Tak perlu cari jalan penyelesaian untuk membuatkan dia rasa tenang. Hanya dengan adanya orang yang sudi mendengar, cukup bagi perempuan melepaskan emosinya. Berbeza ngan lelaki, bila ada problem mereka lebih suka menyendiri dan fikirkan solusi, ataupun akan distract dorang punya problem dengan melakukan pelbagai aktiviti. Tak perlu luahan seperti perempuan kecuali bila perlukan nasihat ataupun sokongan. :)
Aku hepi kerana ada yang sudi mendengar dan memahami aku. Thanks ye. Ok. Tu je kali ni. Tata.
P/s: Siapkan slides presentation utk eye infection. Esok nk combine dah weh. =.='
Di Awal Semester.
Salam alaik.
Rupanya dah hampir masuk 4 minggu berada di Kuantan dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Cewah. Sungguh komited kononnya. Mengingati hari pertama kelas bermula pun aku sudah tak mampu mencapai azam baru iaitu JANGAN TIDO DALAM KELAS. Ternyata aku tetap melelapkan mata. Hihi.
Hm dah banyak kali aku nk update belog ni sebenarnya tapi asyik tak kesampaian je. Lastly delete jelah entri sekerat-sekerat yang tersimpan dalam draft tu. Ni semua gara-gara wifi kat mahallah lembap macam ciput! Errk senang kata tak dapat nk connected langsung. Aigoo~ Susah-susah.
Alhamdulillah. Sem ni aku lebih banyak exercise berbanding sem lepas. Lagipun baru-baru ni main macam-macam untuk interhouse & interbatch. Badminton, netball. Pastu lari-lari, main pingpong. Aritu pulak saja tengok orang training volleyball. Tiba-tiba dorang ajak main sekali. Untuk first-timer macam aku, dorang cakap aku bagus & boleh main sebenarnya. Alhamdulillah. Seronok rupanya walaupun jari dah lebam-lebam. Mana taw next year dpt join main volleyball pulak kan. Hehe.
Sem ni pun aku dah selalu bawak motor g keluar uia. Bukan g jalan-jalan sangat la. Aku hantar kawan g terminal, g isi minyak, g pasar malam. Takpun pusing-pusing uia je. G sport complex, library or finance ke. Ternyata trauma aku setelah bertahun-tahun dapat ditepis. Nak ada moto sendiri masih tak mampu. Thanks pada kawan yg sudi meminjam. :)
Pagi tadi, aku ngan rumetku Pipah bercadang nak jogging. Tapi dapat satu round je (erkk selalunya memang satu round je pun). Haha. Kaki aku sakit la derr. Aku ingat dah okay tapi belum okay la nampaknya. Rasa cam cramp. Jalan pun macam tak betul dah. Huhu. After penat jogging aku pun tak sabar-sabar nak mandikan my baby. Yuhuuu~ Dah lama terbiar kotor tanpa dimandikan. Semangat bawak baldi, sabun dan span dari bilik. Sreeet sreet sroot sroot.. Cuci punya cuci akhirnya bersih pun. Cuma ada la kotoran degil yg taknak tanggal walaupun aku effort giler tenyeh. Haha.
Wednesday, February 8, 2012
Tuesday, February 7, 2012
Subjects For This Semester.
Salam alaik.
Akhirnya semester 2 tahun 3 dah bermula. Walaupun kuantan tak cuti pada hari ni, tapi ternyata cuti itu masih terasa. Sebab? Sebab selasa takde kelassss! Haha.
Ok. Ni lah subjek-subjek yang aku akan ambil pada semester kali ini.

Banyak ke sikit? Hmm biasa jela amek 6 subjek satu sem. Tak banyak tak sikit. Taaaapiii..
Hanya 12.5 credit hours. Tak macam sebelum ni yang lebih banyak sebab satu subject sampai 4 credit kot. Kali ni paling banyak pun 3 credit je. Hehe. Adakah semester ini bakal relax berbanding sebelumnya? Atau masih perlu berperang seperti dulu? Hmm bila fikir balik pasal semester lepas. Tulah sem yang paling baaaanyak esaimen. Aku pun taktaw nape tapi sume classmates aku merasai. Sem ini, wait and see jela.
Daaa~ :)
P/s: Melalui hari-hari dengan kerinduan. Ok, ini jiwang!
Monday, February 6, 2012
Cakap jangan sebarangan.
Salam alaik.
#Ini entri yang beremosi.
Tiba-tiba datang angin kus-kus nak update belog. Gara-gara emosi melantun-lantun.
"Pantang aku orang cakap2 tanpa usul periksa. Aku tgk orang tuduh kawan aku camtu pn aku sakit hati. Pls weh, kalu tak kenal jgn buat2 kenal. Dah la tak kenal, nama pun taktaw, patu tuduh macam-macam. Ish. Periksa dulu la. "
Bekeng ke status aku ni? Erkk maksudnya garang ke status aku ni? Tu aku tulis kat fesbuk tadi. Mungkin berbaur emosi sedikit. Tapi takpe, sebagai pengajaran sapa-sapa yang baca. Aku bukan apa, just nak highlightkan apa-apa jangan cakap sebarang cakap. Periksa dulu. Ni tidak. Main cakap je.
Kejadian berlaku pada kawan aku sebenarnya. Aku taktaw dia perasan tak. Tapi bagi aku sendiri ngan nampak dan baca, berasap la sekejap. Tolong emo untuk orang lain takpe ke? Haha. Hm camni kawan aku tu baru kawen. Pastu pic kawen dia tersebar kat fesbuk. Aku perasan la sebab ada friend dalam fesbuk aku yang xkenal dia pun duk share pic dia tu.
Nak dijadikan cerita, kawan-kawan depa hat lain duk komen ntah pape. Aku pun cakap la apa yang boleh sebab orang lain duk wonder umur berapa, da kawen betul-betul ke belum. Bila dah explain dorang ok jela kan sebab taw la sikit-sikit sebab duk fikir budak sekolah mana ni. Padahal kawan aku tu umur sebaya je kot.
Ok. Yang tu ok lagi la. Pastu aku tengok ada kes yang lain pulak, tapi empunya diri pun ada la bagitau apa yang patut. Then tadi tiba-tiba aku nampak ag satu. Yang tukang komen tu, amboi mulut. Tak jaga langsung. Sedap-sedap nak tuduh kawan aku tu. Ada seorang makhluk Allah tu persoalkan da kawen belum, setakat amek pic camni haram walaupun berlapik, budak-budak lagi la, bole menyebabkan pergaulan bebas la, kena letak pic orang da berusia sebab nanti budak-budak terikut-ikut, orang besar takpe fikir lain.
Si tukang share pun backup la balik. Tuduh seseorang tanpa bukti tu berdosa. Walaupun tak tau status, pandang la sebagai sumber inspirasi bila dah kawen nanti, fikir positif. Hmm nak je aku tolong backup kat situ. Tu kawan aku, umur dorang lebih kurang sebaya kita la kot. 23-24. Cukup umur dah pun. Tak baik tuduh-tuduh camtu. Kalau taktaw pun, jangan la sampai beria-ria sangat nak cakap macam-macam. Dan fikir la positif, bagus apa gambar tu menggalakkan remaja kat luar tu nak kawen awal. Sweet je kan~ Jangan judge orang setakat tengok satu pic je. Tak berbaloi.
Nasib baik pastu tu dia cakap menurut sumber dorang dah kawen. Tapi cakap lagi baik tulis penerangan dorang dah nikah. Aigoo. Perlu ke dia mention, 'ok gambar ni diambil masa aku dah kawen.' Hmm. Lain kali cek dulu awak ye. Cuba usha-usha profile dia tu tgk status da kawen belum. Takpun tengok komen lain kat gambar asal. Rasanya ada orang wish pasal dia dah kawen. Alahai manusia. Macam-macam ragam.

(Gambar hiasan)
Ok. Aku akui agak emosi sikit. Bukan pasal aku pun kan. Tapi entah, maaf la ye. Apapun amek pengajaran, jangan fikir yang negatif je. Apa yang aku nak gitaw sangat bukan pasal kisah kawan aku ni, cuma tentang jangan cakap tanpa usul periksa. Orang boleh nak cakap macam-macam tapi kalu boleh jangan la sampai tuduh orang bukan-bukan. Pls la. Ni salah satu contoh. Ada ag contoh lain yang aku sendiri alami. Tapi malas nak cite. Tutup buku. Haha.
Hmm apa yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan pengajaran. Maaf jika ada terkasar bahasa, teremosi lebih atau apa-apa jela. Aku bukan yang terbaik nak cakap-cakap dan beri nasihat ni. Kadang-kadang aku pun ada wat salah. Tapi apa yang aku tulis ni memang datang dari hati. Peace no war! Sekian. :)
P/s: PMS kah? =.='
Subscribe to:
Posts (Atom)

