Friday, June 24, 2011

Sotong Masak Serai.

Salam alaik.

Cooking Mode baru je berlalu. Hehe. Baru je masak satu resipi ni. Nak tau? Nak cuba? Silakan. Sangat ringkas dan mudah walaupun bagi mereka yang baru nak belajar memasak.

Al-kisahnya bermula bila ma aku da siang sotong, beliau nak kuar ngan abah jap. Ada keje sikit. Jadi tugas memasak diserahkan kat aku dan sepenuh kepercayaan diberikan. Kiranya ikut suka hati aku la nak masak camne pun. Hehe.

Mulanya nak goreng kunyit biasa je tapi rasa nak wat kelainan. Jadi terhasil la, SOTONG MASAK SERAI. :)


Bahan-bahan:

Semestinya bahan utama adalah Sotong.
Tanpa sotong, nt jadi Kuali Masak Serai. :P

Bawang merah
Bawang putih
Serai
Cili api
Air asam jawa
Garam/gula secukup rasa
Ajinomoto kalau nak tambah

Cara memasak:

1. Bersihkan sotong.

2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, serai serta cili. Kemudian tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan sotong. Kemudian air asam jawa, garam, gula, dan ajinomoto secukup rasa.


4. Apabila masak boleh dihidang. Tu je. :)

Senangkan. Mudah sangat. Sedap pun sedap. Macam gambar pertama kat atas. Masa yang diambil untuk buat resipi ni tak sampai sejam pun. 30-45 minit pun da cukup. Hehe.

**Kalau suka pedas, lebihkan cili. Jangan terlalu banyak asam jawa, terlalu masam menjadikan lauk kurang sedap.

Klik resipi asal kat sini.

Tips: Nak memasak pun kena pakai instinct. Kena agak-agak bahan yg kita guna tu cukup-cukup tak. Jadi tak perlu la nak fix sangat kalu cakap 3 ulas bawang, 3 ulas je guna. Kalu ayam udang ikan 3 ekor, 3 ekor je amek. So, cuba modified sendiri dan ikut citarasa.

Memasak tak susah! Campak dan rasa.

Selamat mencuba. :)

Psssttt~ Entri ni bukan utk perempuan sahaja, bahkan lelaki perlu tahu memasak. Dan tahukah anda sesetengah masakan lelaki lebih sedap daripada wanita? T-T

P/s: Aku bukan pandai masak sangat. Tapi takde la tahap tak pandai langsung. :')

Ask Me Anything.

Salam alaik.

Waduh waduh~!! Dikala kebosanan, tak sangka aku g sign up Formspring. Haha. Lama dah duk tengok kawan-kawan duk men mende ni. Aku malah ah nok buke account hok tu la hok ni la banyok-banyok. Tup-tup wujud gop Formspring aku sdiri. XD

So, ask me anything.. :)

But I will only answer if I want to. Haha. Mana taw kot la ada soalan tah pape. Malas den nak melayan.

Check me out--> Raihan Ang's Formspring.

P/s: Ada lagi account mende lain aku tapi secreto de amor sudah~ huhu

Monday, June 20, 2011

Budak Mana la tu.

Salam alaik.

Tiba-tiba rasa nak gelak. Bagi orang lain mungkin tak kelakar pun.Tapi bagi aku sendiri yang mengalami, gelak dalam hati jela. Nak gelak kuat-kuat tak mampu sebab tengah selsema ni.

Nak dijadikan cerita, sebelum isyak tadi ma suruh aku anta beliau g sekolah. Ada mesyuarat AJK PIBG sekolah adik aku aka sekolah aku jugak dulu. Lagipun bukan jauh sangat sekolah tu. Kebetulan adik aku, Luqman ada kelas malam. Bese la budak nak amek UPSR kan. Fyi, ma aku bukan cikgu.

Masa anta ma, aku teman la kejap sebab area sekolah takde la cerah sangat. Pastu datang la sorang cikgu ni. Sembang-sembang, anak dia pun ada jugak masuk uia amek nursing. Tapi anak dia laki la. Dia macam tak setuju sangat anak dia amek nursing sebab bagi dia nursing ni sesuai jiwa perempuan. Tapi aku cakap jela sekarang ni nurse laki ramai orang nak. Anak dia pun tak pasti la minat tak bidang ni. Mungkin tukar kos kot bila masuk kuantan bulan 9 nt.

Ok, abaikan part tu. Tu kebetulan je. Then, aku balik rumah dulu. Ma aku takde hp. Nak kasi satu hp aku, yg maxis tu takde kredit. Nak bagi yg celcom, hp tu aku set password dah. Masa anta ma memang aku tak bawak hp pun. Lastly, ma pinjam hp cikgu je kot nt. Dah sembang-sembang dah tadi. Hehe.

Al-kisahnya, dalam pukul 11 lebih telefon umah berbunyi. Aku dah agak ma nak balik. Sebelum aku hidupkan enjin motor, aku dah agak adik aku tak balik ag. Punya la aku press motor laju-laju (tak laju sangat pun) sebab kawasan umah aku gelap, tiba-tiba sampai je kat pagar sekolah aku nampak satu basikal. Masuk je kawasan sekolah, aku nampak sorang budak ni tido atas bangku depan pondok pakgad.

Macam baju adik aku tu? Muahaha. Memang adik aku pun weh. Aku sampai press motor depan pakgad, aku duk bising-bising panggil nama adik aku. Dia mamai kot. Lawak giler masa tu. Pakgad pun duk intai-intai apehal aku kecoh sangat malam-malam ni. Dia pun perasan aku la kakak kepada budak yang tido tu. Rupanya pakgad da suh adik aku g kat meeting room jumpa ma aku, tapi dia refuse sampai sanggup tunggu ma aku abes meeting.

Tak lama pastu, nampak la kelibat mak aku datang. Cikgu-cikgu yang da nak balik pun macam bese la angkat tangan kat pakgad sebelum keluar pagar. Tiba-tiba sorang cikgu ni terpinga-pinga anak sapa la tak balik lagi tengah-tengah malam ni? Kelas malam dah lama abes. Dia ingat 'budak' tu sesat atau takde orang nak datang amek. Rupanya 'budak' tu tunggu ma dia balik walaupun ma aku pesan dah suh balik dulu.

Punya la muka mengantuk dia tu lawak giler. Haha. Sebelum aku start motor balik, adik aku dah blah ngan basikal dia. Aku pun slow-slow g kejar n ikut belakang. Kasi lampu sket kat jalan yang gelap gelita tu. Zaman sekarang tak men dah basikal ade dinamo kan? Zaman aku kecik-kecik dulu, makin laju kayuh, makin cerah dinamo basikal nyala. Haha.

Sampai umah adik aku terus tido. Letih sangat tido kat bangku sambil pakai selipar jepun kaler merah biru. Eh lupa nak amek gamba! Haha. *Jahatnye aku. Kakak apakah ini?*

Adik-adik aku yang lain dah lama lentok. Esok sekolah kan. Papepun, aku ngan ma terharu jugak ngan nekad dan pengorbanan adik aku sanggup tunggu ma tengah-tengah malam ni. Huhu.

P/s: Plan utk cuti ni rahsia. Sebab tak taw termakbul ke tak. Haha.

School Programmes: Health Education & Immunization.

Salam alaik.

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku cuba asingkan part ni daripada entri lepas.

Pada hari rabu yang lepas, aku dan groupmates yang posting kat KK Beserah berpeluang ke SK Beserah untuk school programmes. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Apabila sampai, kami terus ke bangunan belakang. Target pertama kami adalah kanak-kanak pra-sekolah.

Sampainya disana, mereka sedang breakfast. Apabila semua habiskan makanan, mereka membaca doa selepas makan beramai-ramai. Amat kuat sekali kedengaran. Tiba-tiba mengimbau kenangan waktu berada di tadika dulu. Innocent la sangat kan. Hehe.

Mereka diajak berkumpul di suatu sudut. Agenda seterusnya adalah health education untuk budak-budak kecik ni. Presentation pertama tentang cacing, dan presentation kedua tentang kebersihan diri. Rupanya cikgu kat situ garang. Seyes aku dengar cikgu dia marah pun aku takut. Tak macam cikgu tadika aku dulu, baik sangat. Sampai sekarang ingat nama, Cikgu Nor. Hehe.

Sebagai presenter yang pertama, rasa sedikit cuak walaupun berhadapan dengan kanak-kanak sebegini. Sebetulnya, I wasn't well prepared on that day. Study slides pun gitu-gitu je. Owh lupa nak cakap, mood aku aritu tak berapa bagus. Mungkin sebab selsema teruk dan rasa tak selesa, I was quite moody. Selepas tengok budak-budak dan reaksi ceria dorang, rasa lebih tenang dan gembira. Haha.

After my presentation kan, aku agak terkejut bila sorang budak laki ni nanges. Aku kaget. Teruk dan scary sangat ke kisah cacing yang aku ceritakan tadi? Rupanya, dia takut nak makan ubat cacing. -_-' Haha. Kalut kitorang pujuk. Cakap ubat tu sedap, siap perisa vanilla ag. Macam eskrem.

Sebelum presentation kedua daripada Sol, kami berpakat untuk menyanyikan sebuah lagu untuk dorang. "Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi.....". Itu perancangan last minute taw. Walaupun lupa lirik dan gaya hingga terpaksa ulang sekali lagi, those kids betul-betul enjoyed. Same goes to us act. Hihi.

Nama seorang demi seorang dipanggil. Kami cek dari head-to-toe. Pastu bagi ubat cacing. Nyum~ Nyum~ Aku tak suka pun. Hehe. Akhirnya budak laki yang nanges tu pun berjaya makan jugak.

Last but not least, kami bergambar beramai-ramai tanda kenangan datang ke situ. Best sangat walaupun ada yang agak nakal. Lagipun lama tak layan budak-budak 6 tahun ni.

Program seterusnya untuk bagi imunisasi bagi pelajar tahun satu di sekolah yang sama. Jadi dari pagi sampai tengahari, kami tak kemana-mana. Makan, lepak dan tido di surau sekolah saja mampu kami buat. Seyesly, selsema aku makin teruk. Sangat tak selesa sampai aku rasa nak cabut je hidung ni. Mujur Sol bagi aku coklat, it made me feel better.

Eh bukan coklat tu buat selsema aku kurang tapi bila ada something dalam mulut, aku rasa selesa dan selsema tak menjadi-jadi. Kiranya, aku asyik nak makan je time tu. Beli jambu 3-4 plastik untuk di kunyah. Pelik tak? Huhu.

Waktu tengahari, pelajar-pelajar tahap 1 dah berkumpul di kantin kerana sesi untuk tahap 1 adalah sesi petang. Patutlah masa pagi tadi just nampak budak tahap 2 je.

Sebelum bagi imunisasi, mereka juga diberikan sedikit ceramah kesihatan tentang kebersihan. Group kami kali ni berpeluang untuk bagi imunisasi untuk satu kelas sahaja. Selepas buat head-to-toe physical examination, mereka diberi OPV orally & 2 injections (MMR, DtaP). Satu kat bahu sebelah kiri, satu kat bahu sebelah kanan. Eh mereka tak menangis pun. Kuatnye. Hehe.

Kami rotate supaya ramai dapat rasa bagi injection kat budak darjah satu. Sebelum ni bagi kat adult & babies je kan. Best jugak dapat experience macam ni. Tapi tak best bila ada few staffs daripada KK yang tak berapa nak friendly. Campur mood swing pulak. Huh.

Sebelum pulang, ada satu budak ni hampir nak nanges bila dia sorang ag tak dapat injection. Dia dari kelas lain tapi budak kelas dia suma dah dapat. Mungkin sebab dia tak datang aritu. So SN cakap lain kali datang lagi. Jangan risau. Hmm, nanges sebab tak dapat injection pun ada? Hehe. Lagi satu kes, aku terkejut sorang budak laki, Nur Iman bajunya berdarah. Lepas cucuk tadi, dia buang terus swab dan tak tekan kat bahagian tu. Aku yang inject dia kot. Wuwu. T-T Tapi dia cool je aku tengok, bukan nak sedih ke ape ke. Asyik sengih memangjang. Dia cakap tak sakit pun. Fuh~ Selamat!

Rasanya thats all kot. Thanks for reading. :)

P/s: Senang sangat dapat selsema. T-T

Saturday, June 18, 2011

Week 6: KK Beserah.

Salam alaik.

Minggu terakhir posting untuk Tahun Dua ni. Yeah~!! Memang da lama dah nak cepat-cepat abes. Aku pun taktaw nape nak sangat abes posting kali ni. Haha.

Day 1 & 2- Seperti minggu lepas jugak, aku masih posting di KK Beserah. Berada di Bilik 3 & 4 bersama Pipah dan Nurul. Sebab ada 3 meja kat situ, kitorang amek satu meja sorang. Macam sebelum ni jugak, kena timbang baby, bagi injection, education pasal breastfeeding, dan rekod perkembangan baby.

Ramai sangat yang datang arini. Temujanji pun dah penuh sume. Patient pun macam-macam ragam. Ada sekali tu aku bagi budak perempuan ni makan ubat cacing. Dia macam nak taknak je. Lastly dia g sembur depan aku. Perghh. Kena gak sikit kat muka. Haha.

Selalunya babies yang kena inject sume akan nanges. Pipah cakap ada yang tak nanges langsung. Pastu terus aku dapat sorang baby ni tak nanges langsung kena inject. Bravo adik~!! Rasa nak buat ag sekali. Hehe.

Kat sini best posting sebab masa masuk tak strict sangat. Kadang-kadang masuk lewat sikit pun takpe. Mungkin sebab kitorang still student kot. Kalu staff memang kena potong gaji la jawabnye. Hehe. Yang takleh blah, lepas lunch je mesti kitorang lepak kat surau n tido jap. Patutla aku makin chubby. Eh, perasan. Huh.

Day 3- Ada school visit. Sangat best n menarik. Hmm, rasanya nak wat entri lain utk ni. So baca next entri jelah eh. :)

Day 4 & 5- Kali ni aku jaga Bilik 10 bersama Sol. Eh ni yang kawen aritu taw. Ok, bilik 10 ni lebih pada blood taking la. Untuk FBC, MOGTT, VDRL dll. Serta utk procedure mcm IUCD, VE, Pap Smear dll. Staff Nurse yg aku dapat ni best. Dia suka ajar dan galakkan kitorang bertanya. Cuma aku je yg taktaw nak tanya apa. Maklumlah, pasal Community Health Nursing & Maternal Child Health ni belum belajar detail lagi. Skg pun cuba grab apa yg boleh memandangkan lepas ni mungkin tak dapat posting kat KK dah.

Cuma terkilannya, aku tak dapat peluang nak amek darah patient. Mostly dorang refuse student yg amekkan. Ramai yg aku tengok takut jarum sampai taknak tengok langsung. Pastu ada yg nak termuntah minum air glucose la. Entah macam mana rasa. Aku tukang buat je air tu, tapi ta pernah rasa pun.

Walaupun KK Beserah tak selesa seperti KK lain disebabkan bangunan asal sedang renovate tapi seronok gak duk dalam kabin. Bila jalan, lantai bunyi ngok-ngek-ngok-ngek. Rasa nak berlari tapi konpem kena marah nt. Haha.

Owh satu lagi, bila duk KK baru rasa betapa pentingnya perancangan keluarga. Family planning kdg-kdg orang tak amek kisah tapi sebenarnya penting gak utk kesejahteraan keluarga. Tapi masing-masing punya rezeki la kan. Huhu.

P/s: Next sem, I will be a third year student. Cepatnya masa berlalu. Dah separuh jalan aku tempuhi sebagai nursing student @IIUM rupanya. >.<

2 Kenduri-es in 1 Day.

Salam alaik.

Entri ini sepatutnya diupdate minggu lepas tapi disebabkan kekangan masa, saat ini barulah dapat mengupdate dgn senang hatinya.

Ok, those events berlaku pada weekend yang lepas 11-06-11. Satu kenduri klasmate aku & satu lagi kenduri anak kepada mak angkat aku masa program Baktisiswa 2011.

Tahniah kpd pasangan Nurussolehah Yusof & Muhammad Naazir Ramly, dan juga Anak Mak Angkat & Isteri. Sori lupa nama. Hehe.

Seawal 10 pagi, aku dan kawan-kawan berangkat ke rumah klasmate kami ini.

Start pada jam 10.30 dan lafaz akad nikah tepat jam 11 pagi kalu tak silap. Hehe. Dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Sangat menarik.

Sempat bergambar sebelum bergelar isteri.

Selepas makan-makan, aku dan beberapa orang kawan lagi bergerak ke destinasi seterusnya. Tapi malang sekali apabila kami tersesat selepas kuar dari lorong umah Sol. Tetibe nak sampai ke Gambang. Sementara itu, kami menunggu kedatangan kawan-kawan dari Gombak yang turut menghadirkan diri ke umah mak angkat.

Sempat duduk di pelamin kosong. 7 budak nursing, 3 budak kaed & 1 anak saudara mak angkat. Dalam masa sehari je dah dapat 3 orang kawan baru. Hehe.

Bersama keluarga angkat. Ang (nus), Pika (nus) & Syikin (kaed). Ila (kaed) tak dapat datang. Kalu tak cukup 4 orang masa program aritu.

Dari pukul 1.30 hingga la hampir pukul 3 kami berada disana. Tapi aku ingin bergegas pulang kerana terpaksa menghadiri meeting jam 3. Kalut betul aku.

Sesampainya di uia, aku tukar baju dgn secepatnya. Pakai selekeh pun selekeh la. Ingat nak pergi meeting terus. Tapi memandangkan dak-dak kaed nak pusing-pusing uia kuantan dulu, aku masuk kete dorang jd tourist guide (sambil kete dorang ikut kete yg Pika bawak). Then barulah aku jejakkan kaki ke meeting. Huhu.

Seriously mmg penat aritu. Tapi tumpang gembira utk kawan-kawan. :)

P/s: Besday abah aku 11hb Jun rupanya. Aku lupa. -_-'
P/ss: Dalam kegembiraan, ada juga berita menyedihkan. Kepada arwah Mohd Adhamerudin Omar dan sahabat beliau, semoga roh kalian dicucuri rahmat. Klik sini untuk berita lanjut.

Tuesday, June 14, 2011

No More Heart Less.

Salam alaik.

Geramnye ngan 'Muka Buku' ni. Account aku disekat. So no more Heart Less due to this message:

Your account has been temporarily suspended because it appears that you did not list your real name. As a reminder, Facebook requires all members to provide their real first and last names.
Don't worry — you'll be able to update your profile with your full, real name or verify your name in the following steps. And when you successfully complete this process, your account will be accessible again.
Grrr~ -____-"
Tak pasal-pasal buh nama sebenar aku. Saya suka nama Heart Less tu. Tapi apa boleh buat. Bila nak tukar nama lain, dapat notis ni pulak:
Name Change Limit Reached
Sorry! You've updated your name the maximum number of times allowed and your name can't be changed again. To list another name you go by, such as a maiden name, please use the Alternate Name field below.
Menguji kesabaran betul. Rasanya bukan selalu sgt tukar nama ni. Kadang-kadang je. Baru ingat nak buh Raihan Ang. Duh! T---T Ok, back to my real name. Ah-ha.
Seyes saya mahu nama tu balik. Fb kejam! T.T
P/s: Dont care bout others saying. I know what im doing. :)
Update: After tukar my real name, active pulak family n friends liked n posted sana sini at my wall. Haha^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...